PENGHARGAAN

Terima kasih di atas sokongan semua pihak kepada laman ini. Mohon maaf kerana telah sekian lama laman ini tidak dikemaskini kerana webmaster telahpun berpindah sekolah... Oleh kerana permintaan muat turun masih tinggi... pihak webmaster tidak akan menutup akaun ini dan laman web ini akan terus beroperasi seperti biasa. Walaubagaimanapun, untuk penambahan pengisian, pihak webmaster akan membina satu lagi web muat turun di bawah akaun SJKC Kahang. Sekian, terima kasih kerana menyokong laman ini...

Isnin, Mei 14, 2012

PENGISIAN AKAN BERPINDAH


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan untuk semua pengunjung, sama ada anda hanya melawat, mencari bahan, memuat turun bahan atau hanya ingin tahu..... 
Saya amat menghargai kehadiran anda ke laman ini... 
Untuk makluman semua, saya telah berpindah sekolah daripada SK Kampong Chamek lebih setahun yang lalu. Nampaknya ada maklumbalas pertanyaan mengapa tiada pengisian tambahan daripada rakan-rakan pengunjung dan pelawat laman ini. Agar tidak menjadi  liabiliti kepada SK Kampong Chamek, saya mengambil keputusan untuk memindahkan pengisian laman ini ke satu laman khas agar ianya tidak terabai begitu sahaja. Masih dalam keinginan saya untuk terus menambah pengisian muat turun laman ini. Mungkin saya bukanlah seorang guru yang hebat, bahkan bukan juga seorang guru yang bertauliah untuk menjadi rujukan. Saya hanya suka berkongsi bahan dan maklumat yang telah saya perolehi untuk tatapan dan panduan serba sedikit kepada semua. Tidak kiralah anda seorang guru, murid atau hanya pelawat yang kebetulan bahan yang diingini berada disini. Oleh kerana maklumbalas daripada rakan-rakan yang masih terus memuat turun di laman ini, saya telah diminta untuk terus menambahbaik laman ini. Sepeninggalan saya daripada sekolah yang banyak memberi peluang saya mendalami ilmu ICT ini, laman ini menjadi jumud pengisiannya. Mungkin Admin skkmck.blogspot.com yang menggantikan saya tidak berniat mengganggu legasi yang telah saya tinggalkan untuk Laman Web SK Kampong Chamek ini. Walaubagaimanapun, setelah pertimbangan dan perbincangan dibuat, langkah paling selamat dan bijak adalah untuk memindahkan laman ini ke suatu tapak yang saya sendiri pantau dan bangunkan tanpa mengusik kredibiliti mana-mana pihak. 
Oleh itu, Laman Khas Muat Turun saya telah mula dibina dengan harapan pengisiannya dapat ditambahbaik dan disempurnakan dengan lebih berkesan. Laman ini akan terus ditambah dengan pelbagai pengisian yang pelbagai dan sudah tentunya bidang yang saya sendiri terlibat secara langsung iaitu bidang Pendidikan Islam sebagai teras, Kokurikulum dan sukan , Pengurusan Dakwah, Multimedia dalam P&P, ICT, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pengurusan Sekolah, dan sesuatu yang baru sahaja cuba saya dalami... bidang Bimbingan dan kaunseling. Tidak lama lagi 1Bestari Net akan mula beroperasi, oleh itu, saya akan cuba membantu rakan-rakan dalam pengendalian perisian Frog dan penggunaanya secara inklusif di dalam P&P. Saya sudah mula menggunakan perisian ini, dan ianya memerlukan serba sedikit kepelbagaian resources  agar ianya tidak menjadi suatu pembaziran teknologi kelak. Jadi, marilah bersama-sama dalam menjadikan proses pendidikan kita lebih berkesan dan menyeluruh. 
Kepada rakan-rakan yang lebih pakar dalam bidang ICT, harap dapat berkongsi pendapat dalam konsep pendekatan yang saya lakukan ini.... kepada yang telah memberikan maklumbalas, terima kasih dan keprihatinan anda terhadap laman ini amat dihargai.. Terima kasih 'cikguLam',... 'amra'... 'abisuhail'... 'S.rama'.. 'lifeng75'.... otai-otai guru yang banyak memberi maklumbalas dan cadangan.. Alhamdulillah Allah berikan saya ruang masa untuk melaksanakan cadangan anda... Insya Allah sedikit demi sedikit laman ini akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat. Berikan saya sokongan anda, berikan restu anda dan semoga usaha kita membantu sesama lain di berkati Tuhan.. Insya Allah..

Azam Samuri
Admin 

Sila klik laman di bawah untuk meninjau perkembangan pembangunan laman ini.


1 ulasan:

  1. Casino Roll
    The 1xbet largest US casino online. New players only. Welcome Bonus 100% up to $1000. Play in demo mode. Game 유니 벳 Info. No 인디언 포커 bonus code required. No deposit 사설토토 required. 먹튀사이트 조회

    BalasPadam